Sunday, May 20, 2012

Yuck!

ASSALAMUALAIKUM

Kenapa aku yuck tiba-tiba? Ringkas. Aku geli. HAHA.

Tengah aku nak buang sampah, aku tengok sampah dalam tong sampah dan sekeliling bakul sampah merah tu agak berterabur. So, aku risau la kot nanti tiba-tiba ada ulat sampah jalan-jalan atas kaki aku. Jadi, nak dipendekkan cerita, aku pun mula la kutip sampah-sampah yang dekat luar tong sampah dan masukkan dalam plastik.

Alang-alang kotor, biar kotor terus kan? So, aku pun kutip la sampah yang tak masuk dalam plastik yang ada dalam tong sampah  merah tu. Faham? HAHA. Tak faham sudah!

Sedang aku kutip sampah-sampah yang ada. Aku ternampak satu plastik merah kecil dalam plastik merah besar dalam tong sampah merah tu. Berapa banyak merah daaaa.

Dalam plastik kecil tu aku nampak ulat sampah yang sangat banyak. eiuwwwwww~ seriously eiuwwwww~ Mujur la plastik tu diikat ketat oleh aku semalam. Tapi yang menghairankan aku, macam mana dalam masa sehari je nasi yang tak habis tu boleh jadi ulat sampah?

.........................................................................................................................

Lama punya aku fikir, aku tak dapat gak jawapan. Hurm. Akhirnya aku cuma mampu kagum dengan kuasa ALLAH. Mampu mewujudkan ulat sampah dalam masa satu hari je. Daebak! *bak kata orang korea*

So dalam pukul 2pg tadi, aku pun keluar la pergi buang sampah. Jalan kaki pergi belakang blok untuk buang sampah dekat main tempat buang sampah yang ada. Tengah aku jalan-jalan, ternampak pulak 3 orang mamat duduk lepak bawah pokok sambil hisap rokok. Teringat pulak aku satu artikel tentang orang yang hisap rokok ni sama je la dengan jin. Sebab jin suka dengan asap yang busuk. *bak kata ustaz yang aku baca artikel tu la*

Disebabkan aku sorang je so mereka pun dengan berani nya bersiul2 sambil panggil aku. Haaaa. ni kalau aku bagi ulat sampah kat diorang ni memang untung. Korang pun dah macam ulat tergedik-gedik lepas tu boleh la aku join campak kan dalam tong sampah mamat tiga orang tu.

Tapi disebabkan aku perempuan maka aku diam kan je. Kang tak pasal-pasal benda lain yang jadi kan dah susah. Bila aku patah balik aku dengar la diorang duduk borak pasal apa tah tapi loghat orang Malaysia la. Ohhh. Melayu rupanya. Patutla duduk merayap je. Warga asing pun dah elok lentok dalam rumah esok nak kerja cari duit. Isk3.

Sampai rumah settle kan saki baki ulat yang dah terkeluar. Lepas tu layan movie. HAHA. Malam masih muda dan sekarang pun baru pukul 4.25pg.

p/s: dapat tahu pulak format penulisan psm dah lain sikit. nampaknya banyak la benda nak kena settle esok. =="

No comments:

Post a Comment