Saturday, May 19, 2012

Tazkirah diri

ASSALAMUALAIKUM

Bila kita bercakap tentang mati, ada yang akan marah dan larang kita contohnya " hish, apa awak ni. jangan cakap bukan-bukan. saya tak suka" or "nak sangat mati ke? banyak dah iman?" dan banyak lagi. Well, to be honest, saya rasa mengingati mati itu sangat penting. Saya bukanlah manusia yang sempurna. Tak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kalau sikit tu tak apa. Tapi rasanya hari-hari saya buat dosa. So, sepatutnya hari-hari la saya solat taubat ye tak? Hurm.

 *Moga Allah ampuni dosa-dosaku dan bantu aku dalam permudahkan diriku untuk mengerjakan solat sunat taubat *

Dari Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hukum untuk seseorang mengingati mati adalah SUNAT. 

"Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya"

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara." 

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini. 

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: 

 Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu ‘Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk Allah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar. 

Yeah. Aku bukan manusia yang penuh ilmu tentang Islam. Aku juga sering melakukan kesilapan. Dan aku cuba memperbaiki diri dari hari ke hari. Dosa dan manusia sangat sinonim. Namun, Allah maha pengampun. Nikmat yang diberikan hanyalah sementara. 

Maka bersyukurlah setiap kali diberi kenikmatan. Walaupun hanya terjaga dari tidur, bersyukurlah, kerana kamu masih diberi peluang untuk hidup dan melakukan amal jariah serta menunaikan solat lima waktu dan masih mampu memohon ampun dan maaf kepada-Nya.

Namun, ajal maut sudah ditetapkan, maka kita disunatkan untuk mengingati mati dan jangan lupa menunaikan solat sunat taubat. :)

No comments:

Post a Comment