Sunday, May 20, 2012

First Crush?

ASSALAMUALAIKUM

Time stress kena edit PSM ditambah pula dengan kerja yang bertimbun, rasa nak menaip untuk blog tu bertambah dari hari ke hari. HAHA. Okay. Tak ada kena mengena dengan tajuk. Tutup.
..................................................................................................
(love yongseo couple so much like death! HAHA)

First crush boleh terbahagi kepada dua kategori.
1. Orang yang first crush dekat kita
2. Orang yang pertama jadi first crush kita

Faham? Tak? Lantak kau. :P

Berbalik kepada point pertama. Orang yang first crush kat kita. Tadi masa sibuk beli makanan, entah dari mana-mana je tiba-tiba aku teringat dekat Khairil. Orang yang first crush dekat aku. LOL. :D

Masa tu aku darjah 2. Baru pindah dari Sek. Keb Perempuan JB ke kampung maktok aku. Setahun la jugak aku belajar kat sana. Dipendekkan cerita, 1 day time aku tengah lepak baca buku dekat library (subjek BM) dengan Suraya (kawan baik aku yang perempuan), Tiba-tiba Syafiq (kawan baik aku yang lelaki) datang dengan Nyamuk (sumpah aku tak ingat nama kau). Syafiq tarik aku, katanya ada benda dia nak cakap. Sekali dia bisik kat aku kata " Khairil suka kau" hurm. sumpah lawak bila aku ingat balik. Kecik-kecik dah pandai kau ea! :P

Tempat si Syafiq ni cerita memang tempat paling mantap la sebab kalau aku toleh kanan je memang dah nampak la makhluk bernama Khairil tu. Muka nak senyum-senyum. Malu lettew~ Aku ni background dari sekolah perempuan so aku tak reti la nak feeling2 ni. Lepas aku pandang Khairil, aku terus blah. Sejak dari hari tu mula la Syafiq dengan Nyamuk ni mengusik Khairil bila dia dapat duduk sebelah aku. Tak kira la masa dalam library ke, kantin ke. ==" soooo budak-budak. HAHA XD

..................................................................................................

Untuk yang 2nd point. Orang yang pertama jadi first crush kita. Hoho. Tu masa sekolah menengah. Aku admit. Aku memang lambat menggatal. HAHA :D

Form 3 masa tu dan aku adalah pustakawan. So, hari tu aku kena la jaga kaunter. Tengah sibuk buat kerja sekolah dekat kaunter, tiba-tiba ada sorang mamat ni datang nak pinjam buku. Well, mamat tu memang aku dah berkenan (bak kata orang kampung) dari Form 2 lagi. So bila ada depan mata, HAHA. Ketaq lutut weh. Dah la kena hand writing masa tu untuk catat bila dia kena pulangkan buku. Memang sumpah menggigil tangan aku menulis. Yang dia ni pun satu. Berdiri je depan aku pandang muka aku, so mustahil la tak ketaq. HAHA. Tapi apakan daya, orang kacak selalu nak awek cantik. So couple la dia dengan kawan aku. LOL!   Jeles tak ada, menyampah ada. HAHAHA :D

.....................................................................................................

Cukup2. Banyak-banyak cerita kang kantoi pulak. MALU~ Tapi aku pelik betul la. Siapa yang aku suka conform couple dengan kawan baik aku. Yang aku tak pernah nak ambil kesah pulak yang datang minta perhatian. Ohh. teringat abang H. Senior aku. Untuk cerita lucu abang H kena tunggu bila aku dah siap Report Prof Mad Dan. HAHA :D

p/s: Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang bukan untuk kita sebelum bertemu dengan yang sudah ditakdirkan untuk kita supaya kita belajar dari kesilapan. Subhanallah. :)

1 comment:

  1. org cumel blehla rmai mintk prhatian...keh3. :P

    ReplyDelete