Thursday, May 17, 2012

Doktor pesan~

Assalamualaikum

Baru-baru ni saya jumpa doktor. Sakitnya dah lama. Saja nak testing apa masalah saya sebenarnya. Mana satu sakit saya? Adalah~ HAHA. InsyaAllah tak ada yang teruk pun. Tak ada nak operate-operate pun. Sejak jumpa doktor, rasa rajin cari sebab-sebab sakit perut bahagian kiri. So, dalam banyak-banyak web, satu web ni sesuai untuk pembacaan. 

Sebab-sebab popular yang menyebabkan sakit pada bahagian left lower quadrant pain/sakit pada bahagian kiri bawah perut adalah seperti berikut:
  1. Irrritable Bowel Syndrome (Simdrom irritasi usus)
Penyakit ini dicirikan oleh kesakitan pada bahagian bawah kiri perut (pain in left lower quadrant abdomen) yang disertai oleh gejala-gejala seperti sembelit yang di selang-seli oleh cirit birit (alternating diarrhea and constipation), cramping painsakit yang minima (minimal pain), tidak demam (no fever).
  1. Diverticulitis (Jangkitan pada poket usus besar)
Ciri-ciri penyakit ini ialah demamsakit pada bahagian bawah kiri perutsembelit (constipation), nausea (rasa loya macam nak mumtah), mumtah (vomiting), kadang-kala terdapat darah pada air besar (blood in the stool).
Diverticulitis  
      3. Left ureteric calculus (batu karang pada bahagian kiri salur air kencing ureter)
    Sakit pada bahagian kiri bawah perut disertai oleh sakit ketika membuat air kecil, terdapat darah yang bercampur dengan air kencing (haematuria), dan boleh membawa kepada demam. 
          4. Ulcerative Colitis (Inflamasi pada salur usus besar dan rectum)
    Penyakit ini dicirikan oleh demam yang rendah suhunya (low grade fever), sakit pada bahagian bawah perutdarah boleh didapati pada air besar (blood in stools), dan kadangkala kehilangan berat badan (weight loss).
          5. Ectopic pregnancy (kehamilan di luar rahim yang hanya berlaku pada wanita)
    Kedapatan fetus/bayi yang membesar di luar rahim yang biasanya berlaku pada tiub fallopio. Gejala-gejalanya juga terdiri daripada darah haid berhenti mengalir pada waktu yang sepatutnya (missed menstrual period) dan berasa sangat sakit pada bahagian bawah perut yang berlaku secara tiba-tiba.
        
          6. Pelvic Inflammatory Disease (Inflamasi pada organ pelvis pembiakan wanita)
    Inflamasi pada organ pelvis pembiakan wanita yang disebabkan oleh penyakit yang tersebar melalui aktiviti seks (previous sexually transmitted disease). Penyakit ini dicirikan oleh kesakitan yang amat sangat pada bahagian bawah perutdemam,menggigil (chills), terdapat cecair yang keluar dari vagina (vaginal discharge), sakit ketika melakukan hubungan seks (painful sexual intercourse).

    Doktor pesan jangan makan ais, kurangkan makan makanan berminyak or bergoreng, elakkan minum minuman berkefein. Jom hidup sihat!

    No comments:

    Post a Comment