Monday, November 14, 2011

Akak Aku KAWEN dah?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat akak kesayangan aku tu sudah selamat di nikah kan dengan buah hati nya Mizan. Heiip. Bukan Sultan Mizan lah. Ape kau ni. HAHA :D

Well, aku sebagai pengapit nya, teramat sangat lah busy berkejar kesana kemari semata-mata untuk merealisasikan impian kakak kesayangan aku yang sorang ni. =)

Aku biarkan kerja-kerja melambak aku yang bertimbun tu *buat macam tak nampak je buku-buku tepi meja*berkejar ke Rawang pada 8/11/2011 membawa Alza seorang diri dari Melaka. Kau tahu ke? Aku tak pernah bawak kereta SEBESAR tu malah TAK pernah sekali-kali bawak kereta melintas jauh dari ruang MELAKA seorang diri. Untuk kakak aku, aku redah gak malam-malam ditemani hujan renyai dan sampai ke SUBANG jam 10.30 malam lebih kurang. Tunggu kakak aku habis kerja dekat Coffe Bean & Tea Leaf Subang Parade, jam 11 malam lebih-lebih gitu baru aku sampai RAWANG. Seriously penat!

*******************************************************

Okay2. Aku cerita banyak-banyak pun tak best kan? Aku sumbat lah gambar bagi tatapan kamu, kamu dan kamu untuk tengok kakak kita yang dah macam ala-ala Tiz versi tembam. Keh3. XD

Oh yeah! Kakak aku selamat diijab kabul kan pada 11/11/2011 pada jam 11.30pagi dengan 3 kali lafaz. =)


hah! ni dia pelamin hasil decoration aku + kakak aku. Hebat tak? HAHAHA. Okay2. Stage tu suami dia yang buatkan. Aku tinggal decorate je. Keh3. :D




Tadaaa! Yang atas tu dia 3 dara pingitan. Eh. Tinggal 2 dara pingitan je. Sorang dah jadi bini orang. HAHAHA :D

Yang sorang2 baju kelabu tu sepupu aku Syasya.


Hah. Yang ni 4 beradik yang banyak jugak bantu kitorang kemas rumah and siapkan ape patut. The beloved sepupu sepapat. =)


Jeng jeng jeng. HAHA. ni dia Tiz Zaqyah versi tembam. Keh3. Jangan marah haaa~

Anyway. Aku mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk kakak kesayangan aku yang sorang ni. Amin.... Takde kakak lain dah! huuuuuu~

p/s: cepat sikit. Nak dengar ada budak kecik panggil kita Aunty Ngah. HAHAHA :D

2 comments:

  1. akak ko sudah..ko bile lg?
    ahaha..

    ReplyDelete
  2. hoi laju je. HAHA. Aku nanti lah. Bila tiba masanya. Cewah.

    ReplyDelete