Monday, October 3, 2011

TOLONG LAH!

Assalamualaikum

Hari ni aku nak cakap pasal KAWAN.
Kalau cerita pasal kawan ni sebenarnya banyak sangat. Nak mula mana pun tak tau.
Tapi aku ada sorang kawan yang dulunya memang faham and kenal siapa aku.

Kau! Ye lah hawau. Kau lah!
Ohhh. Kau x terasa? Kau rasa bukan kau ke? Tak apa. Mungkin kau rasa kau macam kawan-kawan aku lain yang memang BFF aku.

Orang kata jangan cari kawan baik berlainan jantina nanti makan dalam.
Hal itu akan terjadi jika aku atau kau yang benarkan hati masing-masing sangkut paut.
Hawau.
Bukan ni yang aku nak cerita. Tutup.
***********************************

Dulu kau kenal aku memang pendiam. Kau tau aku memang tak banyak cakap. Kau jugak kata aku hanya akan banyak cakap dengan orang-orang yang aku rapat. Macam kau.

Ya.

Tapi kau sedar atau tak? Sejak kau study over the sea sana jauh-jauh, kawan dah bertimbun sejak kau clash tu, bukan main lagi kau punya perangai.

Kalau dulu aku kata aku tak nak ikut kau jalan-jalan sebab sibuk, kau kata okay. Tak apa. Nanti kau belikan souvenier untuk aku. Kau paham aku ni cam mana. Sekarang? Aku kata tak boleh, sibuk. Kau kata ek eleh. Dah pandai kerek. Kau jalan-jalan dengan lelaki-lelaki dekat UTeM tu tak apa.

Hoi cha! Kau tau ke aku keluar berapa ramai?

Lagi SAKIT bila kau main tuduh je aku keluar dengan lelaki yang berbeza-beza selalu.

Celaka! *bak kata abah aku untuk orang-orang yang cakap tak pakai akal*

Kau nak percaya cakap awek-awek seksi yang sibuk duk kikis duit mak bapak kau tu ke, kau nak percaya kawan kau yang dah lama kau kenal?

Lain kali hidup dekat dunia ni before nak serang orang tanya dulu betul ke aku dengar orang cakap kau sekarang ni sekian sekian sekian.

Kalau kau main dengar je bulat-bulat makhluk tak jaga aurat semua tu cakap macam-macam pasal aku, memang penampar la makan dia!

Apa? Apa? Diorang cakap aku guarantee lupa kau sebab kawan-kawan lelaki aku kacak-kacak? HAHAHAHAHAHAHA! *gelak guling-guling sambil tekan perut*

Kau ni belajar dekat mana sampai otak kau boleh tepu macam tu?

Sial! *bak kata abah aku untuk orang-orang yang cakap ikut sedap mulut*

Kalau kawan-kawan aku kat sini kacak-kacak pun apa masalah kau? Aku tak pernah pulak bising kalau kawan kau cantik. =_=" *perlu ke?*

Eh. Malas lah aku nak fikir banyak. Lagi banyak cakap lagi orang kata memburukkan orang lain.

So TOLONGLAH! Kau tak payah sibuk hal aku kalau setakat mesej aku cari pasal nak marah-marah. Kau bukan ABAH aku. Kau bukan BALAK aku. Sekian.

4 comments:

  1. sangat geram lah shah oi. Kawan bukan setahun dua. lebih dari 4,5 tahun. Sabar lama-lama pun tak ada faedah. Buat tambah dosa aku je maki-maki. Lebih baik jadi biasa-biasa je. Senang.

    ReplyDelete