Friday, October 28, 2011

Lirik Lelaki seperti aku -Shila Amzah (alif satar) Cover


Gadis Seperti Aku

Memang tak kan ada gadis seperti aku,
Tapi yang lebih baik, BANYAK.

Memang tak kan ada gadis sehebat aku,
Tapi yang lebih hebat, BANYAK.

Maka tak perlu kau susah hati,
Banyak lagi gadis yang bisa kau pilih,
Untuk kau jadikan sandaran hati.

Memang tak kan ada gadis se seksi aku,
Tapi yang lebih seksi, BANYAK.

Memang tak kan ada gadis secomel aku,
Tapi yang lebih comel, BANYAK.

Maka tak perlu pujuk rayu itu,
Jangan sampai kau rendahkan dirimu,
Memaksa aku tuk jadi pacarmu.

Oh baby baby jangan kau marah sebab ku tolak,
Ku tahu kamu kaya dan baik budi bahasa,
Ku yakin pasti ada gadis yang akan suka.

Oh baby jangan kau dendam,
Sebab ku enggan,
Bercinta aku mahu,
Tapi tidak denganmu,
Ku sudah ada satu kekasih yang menunggu.

Ceritanya aku mahu belajar setia,
Makanya dari itu kamu jangan memaksa,
Kerna aku memang tak bisa mendua.

Oh baby baby jangan kau marah sebab ku tolak,
Ku tahu kamu kaya dan baik budi bahasa,
Ku yakin pasti ada gadis yang akan suka.

Oh baby jangan kau dendam,
Sebab ku enggan,
Bercinta aku mahu,
Tapi tidak denganmu,
Ku sudah ada satu kekasih yang menunggu ku~

Oh baby baby jangan kau dendam,
Sebab ku enggan,
Bercinta aku mahu,
Tapi tidak denganmu,
Ku sudah ada satu kekasih yang menunggu ku~

Sunday, October 16, 2011

Aku nak berkata-kata kesat sikit.

Assalamualaikum

Hari ni aku ada 2 perasaan.

1. Happy.

2. Kecik hati

************************************

Aku HAPPY sebab dapat jalan-jalan dengan kengkawan aku. Shopping sampai 5 helai baju! HAHA. Tak larat tunggu Mega Sale ke apa ke. :D

OK.

****************************************

Yang paling utama adalah aku kecik hati. Sebab? Sebab aku lapar. Aku ingat nak ajak kawan aku makan. Tapi sibuk. Lepas tu senyap gitu je~~~~~

Tiba-tiba mesej tgh malam buta. Tak tanya pun aku dah makan ke tak. So? EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE..

*****************************************

Tu je kata-kata kesat aku untuk hari ni. Huh! Pui!~

Sunday, October 9, 2011

Paus + Galaxy Ace



Assalamualaikum

Paus itu COMEL!

Nak ikutkan pernah la aku post kat FB pasal aku nak bela paus.
p/s: sila tumpu pada ayat yang dibulatkan menggunakan pen merah. Tak nampak? Meh aku ulang.

"Paus mamalia COMEL. Nak bela boleh? Tak dapat real, dapat patung pun syok. HAHA. :D"

Guess what?

Aku sudah mula BELA PAUS yang sangat comel tu! OMG!

Hah! Kau tak percaya? Fine! Fine! Aku ada bukti lah. HAHA. Nanti aku tunjukkan.

Oh ya. aku ada cakap tentang Samsung Galaxy Ace yang aku nak sangat la kononnya. HAHA. Tu pun aku dah beli! Yeay!


Nampak tak paus pink tu? Nampak? HAHA

Nama dia Piko and nama Galaxy Ace itu adalah Bumblebee! =)

Piko aku baru je dapat tadi. HAHA. Piko dibelikan oleh En Sayang saya! Terima Kasih B! :D

Conclusion: Aku Happy! Sekian. =)


Tuesday, October 4, 2011

Kucing itu COMEL!


Assalamualaikum.

Saya sayang, suka, kasih dengan haiwan bergelar kucing. =)

1. Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina! Sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul. Ianya adalah penyakit yang dipanggil Kleinfelter's Syndrome. So, kalau korang ada kucing jantan 3 warna yang pure jantan, kucing tu patut fames!

2.Kucing mampu keluarkan hampir 100 bunyi, Anjing cuma 10 je pun.

3. Kucing rumah boleh tidur sampai 14 jam sehari. Oh my!

4. Kucing ada 200 juta sel sensitif terhadap bau di hidung which is 40x lebih bagus dari manusia.

5. Kucing boleh bezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

6. COKLAT boleh menjadi racun kepada kucing sebab ada bahan kimia 'theobromine'

7. Ada penyakit bernama JERAWAT KUCING (feline acne)

8. Kucing mempunyai kebolehan menenangkan manusia (saat manusia mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)

9. Kucing mempunyai memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan.

10. Kucing pun ada yang KIDAL okay! =)

11. Kucing boleh melompat 7x tinggi tubuhnya. Awesome!

12. Kucing boleh lari sampai 50km/jam. Perghh. :D

13. Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius.

14. Air kencing kucing BERSINAR dalam cahaya yang samar atau gelap.

15. Darah kucing jika dipadankan dengan manusia adalah sama dengan darah manusia jenis AB. Oh my! Kita serupa~ HAHA

16. Kucing memiliki kelopak mata yang ketiga yang disebut haw.

17. Kucing melaangkah dengan kedua kaki kirinya dahulu baru kaki kanan.

Banyak lagi fakta-fakta menarik pasal kucing. Korang type je berkepuk-kepuk keluar. HAHA. Aku SAYANG kucing. =)





Monday, October 3, 2011

TOLONG LAH!

Assalamualaikum

Hari ni aku nak cakap pasal KAWAN.
Kalau cerita pasal kawan ni sebenarnya banyak sangat. Nak mula mana pun tak tau.
Tapi aku ada sorang kawan yang dulunya memang faham and kenal siapa aku.

Kau! Ye lah hawau. Kau lah!
Ohhh. Kau x terasa? Kau rasa bukan kau ke? Tak apa. Mungkin kau rasa kau macam kawan-kawan aku lain yang memang BFF aku.

Orang kata jangan cari kawan baik berlainan jantina nanti makan dalam.
Hal itu akan terjadi jika aku atau kau yang benarkan hati masing-masing sangkut paut.
Hawau.
Bukan ni yang aku nak cerita. Tutup.
***********************************

Dulu kau kenal aku memang pendiam. Kau tau aku memang tak banyak cakap. Kau jugak kata aku hanya akan banyak cakap dengan orang-orang yang aku rapat. Macam kau.

Ya.

Tapi kau sedar atau tak? Sejak kau study over the sea sana jauh-jauh, kawan dah bertimbun sejak kau clash tu, bukan main lagi kau punya perangai.

Kalau dulu aku kata aku tak nak ikut kau jalan-jalan sebab sibuk, kau kata okay. Tak apa. Nanti kau belikan souvenier untuk aku. Kau paham aku ni cam mana. Sekarang? Aku kata tak boleh, sibuk. Kau kata ek eleh. Dah pandai kerek. Kau jalan-jalan dengan lelaki-lelaki dekat UTeM tu tak apa.

Hoi cha! Kau tau ke aku keluar berapa ramai?

Lagi SAKIT bila kau main tuduh je aku keluar dengan lelaki yang berbeza-beza selalu.

Celaka! *bak kata abah aku untuk orang-orang yang cakap tak pakai akal*

Kau nak percaya cakap awek-awek seksi yang sibuk duk kikis duit mak bapak kau tu ke, kau nak percaya kawan kau yang dah lama kau kenal?

Lain kali hidup dekat dunia ni before nak serang orang tanya dulu betul ke aku dengar orang cakap kau sekarang ni sekian sekian sekian.

Kalau kau main dengar je bulat-bulat makhluk tak jaga aurat semua tu cakap macam-macam pasal aku, memang penampar la makan dia!

Apa? Apa? Diorang cakap aku guarantee lupa kau sebab kawan-kawan lelaki aku kacak-kacak? HAHAHAHAHAHAHA! *gelak guling-guling sambil tekan perut*

Kau ni belajar dekat mana sampai otak kau boleh tepu macam tu?

Sial! *bak kata abah aku untuk orang-orang yang cakap ikut sedap mulut*

Kalau kawan-kawan aku kat sini kacak-kacak pun apa masalah kau? Aku tak pernah pulak bising kalau kawan kau cantik. =_=" *perlu ke?*

Eh. Malas lah aku nak fikir banyak. Lagi banyak cakap lagi orang kata memburukkan orang lain.

So TOLONGLAH! Kau tak payah sibuk hal aku kalau setakat mesej aku cari pasal nak marah-marah. Kau bukan ABAH aku. Kau bukan BALAK aku. Sekian.

Saturday, October 1, 2011

BFF?

Assalamualaikum

Tak nak banyak taip. Nanti banyak error.





I'm not a perfect Friend & so are you. Thanks