Friday, September 23, 2011

TAKDIR ALLAH

Assalamualaikum.

Pada aku, setiap orang Islam tahu dan sedar tentang takdir Allah. Mostly aku paling suka guna quote " Setiap apa yang berlaku ada sebab dan pengajaran yang Allah mahu kita ambil sebagai iktibar." Yes. Aku memang suka guna quote tu.

********************************************

Sejak dua menjak tiga menjak yang tak jejak-jejak ni, ramai kawan-kawan aku mahupun sahabat-sahabat yang bersedih dan kecewa kerana CINTA. Haish. Seriously, tak kira perempuan mahupun lelaki, mereka sedih, marah, kecewa dan hanya mampu bergelak tawa menyembunyikan perasaan sebenar mereka. Kasihan. =(

Aku pun pernah juga putus cinta. Cinta pertama. Macam-macam janji manis di ucapkan. Tapi akhirnya putus di tengah road. Whatsoeveridontcare. Hal tu dah lepas hampir 5 tahun yang lalu and now he's happier than before and also dah engaged with a sweet girl. =)

Ada antara kawan-kawan aku pelik kenapa aku boleh maafkan macam tu je lelaki yang pernah membuatkan siang dan malam aku hanya ditemani titisan air mata? Well, aku bukanlah manusia yang sempurna seperti Nabi Muhammad S.A.W. Tapi kerana didikan agama dan ceramah-ceramah bebas dari arwah nenek dan juga abah and emak yang tersayang membuatkan aku seperti diri aku sekarang.

Some friends will ask:

“Kau tak jealous ke tengok dia macam tu?” Aku jawab, TAK.

Ada juga yang tanya, “Kau tak nak kantoikan perangai dia yang dulu tu ke?” Aku jawab TAK.

Frequently ask question adalah “Apa perasaan kau sekarang” Aku jawab HAPPY.

**************************************************

Untuk apa aku rosakkan hubungan orang lain semata-mata kerana DENDAM? And dendam tu bukan boleh tambah pahala aku. Right? Aku ingat lagi abah selalu pesan,

“Biar orang lelaki yang betul-betul sayang kan perempuan, InsyaAllah jodohnya panjang.”

Yes. Aku agree. Tapi sayang tu bukanlah bermaksud ‘mengambil kesempatan’ Tapi sayang tu bermaksud lelaki itu akan berusaha sentiasa mendoakan agar hubungan mereka kekal dan lelaki itu berusaha menjaga batas-batas pergaulannya dan lelaki itu juga berusaha belajar menjadi seorang lelaki yang mampu untuk mendidik wanita menjadi seorang muslimah. Banyak lagi la kalau nak cerita.

**************************************************

Ajal maut jodoh pertemuan ditentukan oleh ALLAH. Kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang tentukan. Bila ada satu pertemuan, belum tentu ada persahabatan kecuali dengan kehendakNYA. Bila terjalin persahabatan belum tentu ada percintaan kecuali dengan kehendakNYA dan bila bersemi percintaan belum tentu berakhir dengan perkahwinan kecuali dengan ketentuanNYA.

Apa yang ditentukan ALLAH, maka itu pastinya yang terbaik buat kita sebagai hambaNYA. Kita mungkin kecewa hari ini tapi hikmah kebahagiaan yang menanti lebih besar dari kekecewaan itu sendiri. Lalu tidakkah kita bersyukur di kala kita bahagia... justeru kalau dia bukan jodoh anda redha.

CINTA hanyalah perasaan, rindu hanyalah kiasan namun yang lebih indah adalah keberkatan dalam perhubungan dan kemanisan dalam kebahagiaan.

******************************

Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). (QS An Nur:26)

Tapi harus ingat! Bukannya pernah melakukan satu dosa pada masa lalu itu adalah wanita atau lelaki yang jahat kerana jika mereka bertaubat mereka adalah orang0orang yang BAIK. Wallahualam. =)

No comments:

Post a Comment