Friday, September 30, 2011

Permainan Zaman Aku

Assalamualaikum.

Jalan-jalan blog orang terbaca pasal zaman kanak-kanak *zack zukhairi punya pasal la ni*. Jenis game lah, cinta monyet lah and macam-macam lagi. Tapi aku nak cerita pasal mainan aku masa aku budak-budak.


Nak cerita panjang pun aku malas la gak. sebab aku memang kuat MAIN. Mana tak nya. Bayangkanlah rumah aku masa kecik2 tingkat 7 and antara darjah 3 sampai form1 rumah aku kat tingkat 4. Mesti pelik kan? HAHA. sebab ABAH aku POLIS dulu. Abah yang TAFF. :D
Nak dijadikan cerita mak aku mesti kena jerit panggil aku balik. Pernah gak lah aku kena kurung luar rumah sebab balik masa maghrib. Nasib baik abah aku balik kerja nak solat, dapat aku masuk. HAHA.

***************************************

Aku senaraikan mana yang mampu lah ye. Yang kira top gak la. Nak senarai semua sehari pun tak habis. HAHA.


1. Pistol Kayu.

Siapa pernah main pistol ni? Angkat kaki! HAHA. Sebab abah aku polis so setakat nak wat pistol ni 3, 4 pattern pun boleh beb. Tak ada hal punya. Kalau balik kampung arwah nenek aku kat negeri sembilan boleh la pakai terung rembang. Kalau tak pakai batu pon lepas. HAHA. Pastu main tembak-tembak dengan kakak aku. MANTAP. Then ada pulak budak2 balai *anak-anak polis* lain yang nak main gak. Ada yang bapak diorang buatkan. Anak jiran sebelah Sarah *kawan baik aku masa kanak-kanak* pun tumpang sekaki. Abah aku pun buat kanlah. Budak sekarang ada rasa pistol ni? Tak ada der. Kalau ada aku tabik kau! Sebab kau masih cuba main macam kanak-kanak. Tak macam zaman sekarang main tembak-tembak dalam laptop. =_= tah apa yang syok tah. HAHA.


Pistol lain pun aku main gak yang ada gelang merah kecik tu. Beli kat kedai je. Malas aku nak upload gambar banyak-banyak. HAHA

2. Lego

Aku rasa benda ni macam wajib la zaman 90an. Macam perlu ada slogan "satu rumah satu bekas lego" HAHA. Dia pattern memang petak je. Tak payah nak over sangat macam zaman sekarang. Di sinilah kreativiti aku bermula dengan membina rumah, bangunan, pistol dan sebagainya. *balik-balik pistol gak*

3. Nama apa pun aku tak tau

Haha. benda ni mudah bocor. Air takda takpe boleh tambah sendiri. Tak ada isu besar pun. Selalu lumba dengan akak aku. Siapa lagi banyak kumpul gelang kaler2 dalam tu dia lagi hebat. Siapa yang selalu menang aku tak pasti yang pasti zaman kanak-kanak aku BEST. :D

4. TV game *tak sure nama dia*

Benda ni abah aku yang beli. Start main benda ni masa aku tadika lagi. Tapi rupa dia tak la se modern macam atas ni. Petak2 kaler kelabu je. HAHA. Game yang selalu kitorang main Super Mario, Game apa tah lagi ninja ke. Kalau dengan family, malam-malam lepas abah aku balik kitorang akan main sama-sama dengan mak and kakak aku. Game yang kereta kebal tu. HAHA. *rasa macam abah aku terapkan keganasan dalam hidup aku pulak* :D

5. Kereta *for sure aku tak ingat apa kita panggil*
Kereta ni aku je boleh ada 3 biji macam-macam warna. Beli kat kedai berapa ringgit tak tau, sampai rumah cepat-cepat ceraikan and sambung. Paling tak sabar nak tampal sticker dia. HAHA. Lepas tu mula la main macam orang tak ada pendirian. :D

6. Brick Game.
Ni siapa tak ada aku tak tau la. Aku nak berterima kasih kat pencipta game ni sebab mengajar aku erti kesabaran dan kesungguhan untuk naikkan level game. HAHA. Main benda ni kadang-kadang sampai lupa dah time pergi belajar ngaji dekat bangunan belakang balai polis. Isk3. =_=" Tapi! Aku tetap suka game ni!

7. Gasing
Haaa. Kau orang ingat aku tak main ke permainan melayu-melayu lama. Main okay. Siap bukak gelanggang lagi dengan abang rumah sebelah yang hebat. Fine la kan. Lelaki kot. Tapi kadang-kadang aku dapat gak paku gasing dia kaw-kaw. HAHA!

8. Army.
Mesti ada yang dah start pelik. Aku ni dari tadi game budak lelaki je. HAHA. Tak silap aku, time aku di mengandungkan *rosak bahasa*, abah aku nak anak lelaki. Keluar aku nah hambik. Dolly2 semua aku ada tapi tak lekat sangat. Aku lebih suka main benda-benda yang nampak BEST ni. HAHA. Tak susah pun main askar-askar ni. Susun elok-elok lepas tu buat la dialog sendiri. "waaa. pom! pom! pom! anda ditahan! Abu, tahan askar jahat ni! bawak masuk lori! waaa. pom! pom!" HAHAHA :D

9. Patung kertas
walaupun game aku nampak banyak game budak lelaki tapi aku ingat jugak game-game perempuan okay. Yang ni memang buat aku lekat lama sikit. Potong elok-elok lepas tu boleh la nak pasang-pasang baju ke seluar ke kasut ke. Ikut kreattiviti anda. Dan disinilah bermulanya aku suka usik make up mak aku. HAHAHA :D

10. batu seremban

Aku tak tau dari mana asalnya batu seremban ni. Mula-mula pakai batu kutip kat luar. Lepas tangan asik sakit je mula la mak aku buatkan yang macam dalam gambar ni. Ambil kain perca, gunting tiga segi lepas tu jahit and sumbat dengan biji kacang hijau kalau tak silap aku. Lepas tu main lah kau puas-puas jangan kacau mak buat roti untuk bekal kau esok. HAHA. :D
*************************************************

Tu lah semua top 10 game yang aku minat. Setakat Din Dang lah Tora lah *tora datang lagi!* basic je kot untuk kanak-kanak yang lahir zaman 80 an. Budak sekarang? Main tembak-tembak dalam laptop, iPad. iPhone. Main brick pun dalam laptop. Batu seremban pun dalam laptop!

Lantak korang lah. Aku tak kisah. Yang penting pada aku, permainan zaman aku adalah more to hands on practical. Bukan finger-tical. HAHA :D


4 comments:

  1. permainan zaman thebudoks juga~ hehe

    ReplyDelete
  2. Hahahaha!!

    rindu giler ngn menan ni suma.
    Dlu sapa ada lego, kira up sgt la..

    ReplyDelete
  3. AraWani: HAHA. Lego best walaupun petak-petak macam tu je. =)

    ReplyDelete