Monday, September 26, 2011

Dilema itu JAHAT!

Assalamualaikum

Dalam hidup ni kita pasti akan di kelilingi dengan dilema. Kali ni aku nak story sikit aku dalam dilema. *betul ke aku eja?* okay2.

Aku dilema dengan rasa nak kahwin. HAHA. Kadang-kadang aku rasa nak kahwin cepat-cepat sebab aku boleh elakkan banyak fitnah dan maksiat. But then aku rasa aku masih lagi muda. Aku kena habiskan dulu tahun akhir aku ni. At least aku kena kerja dulu. Bagi pendapatan dekat parents aku dulu. Target? Aku target nak kahwin hujung tahun 2013. HAHA.

*********************************

Dilema aku yang lain pun banyak gak. Aku ada ramai kawan. *dan2 nak mengaku*. Kawan aku terdiri dari Perempuan dan Lelaki. Kalau dulu aku and kawan2 sangat rapat sampai kitorang boleh lepak ramai2 sampai ke subuh. Paling sikit pun perempuan dalam group lepak aku adalah 2 orang. Aku and kawan aku lagi sorang. Paling ramai pun sampai ada 4 orang je perempuan and yes kitorang lepak sampai pagi2 buta and paling lewat selepas subuh baru balik. But kitorang akan ditemani kawan-kawan lelaki kitorang yang ramai. I mean seriously ramai kalau nak compare dengan jumlah perempuan.

Tapi tu dulu. Hampir setahun yang lepas. Aku seriously rindu zaman lepak2 huha2 tu. It's like sekarang ni semua dah berubah. Sama ada aku sendiri yang berubah or kawan-kawan aku or faktor usia yang membuatkan kitorang dah tak banyak melepak. Wallahualam.

Cuma kan. Awak, awak and awak awak sekalian. Saya berani kata saya memang rindu nak lepak-lepak macam selalu.

Aku rasa sebab utama adalah aku sudah berumur 22 and aku rasa duduk di rumah lebih jimat. HAHA. MUNGKIN.

******************************************

Dilema rasa nak tukar penampilan pun ada. But dilema ni nampak la progress nya. Wearing shawls to class. Sometimes dengar macam ada mamat2 yang duk gelak tiap kali aku masuk kelas. Maybe sebab x pernah tengok aku pakai gaya-gaya yang bergaya macam tu or maybe just perasaan aku je yang terlalu kurang confidence. So aku akan anggap aku yang terlalu fikir bukan-bukan. Please be more confidence ZATI! =)

******************************************

Apa-apa jenis dilema pun yang kita rasa sebenarnya mengajar kita untuk lebih matang dalam membuat keputusan. Diharap anda anda dan anda berjaya mengeluarkan conflict dalaman anda dan membuat keputusan yang tepat. Kalau tak tepat pun tak apa. Sebab setiap perkara yang berlaku ada sebab dan pengajaran yang Allah nak kita belajar.

P/s: Aku tak pernah terfikir untuk mengabaikan kawan-kawan. Cuma sifat aku yang agak mendiamkan diri or menjauhkan diri ini di lakukan untuk kawan kita juga. Mungkin awak *kawan-kawan* tak sedar. Tapi siapa-siapa yang memang kenal betul dengan aku, tahu aku lebih gemar berkorban daripada bagitahu sebabnya. =)


No comments:

Post a Comment