Wednesday, November 16, 2011

TAG XD

Assalamualaikum.


Oukeyh! Aku di tag oleh http://erytaleb.blogspot.com/2011/11/tag.html , Tak berapa nak kenal lah but he tag me. So, dah bosan-bosan ni aku jawablah. Shah! Kau tag aku dulu aku tak dapat la membalasnye. contest dah tutop. HAHA.
**********************************
There is rules...

1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in the tagging section about ‘YOU ARE TAGGED IF YOUll ARE READING THIS’ YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WILL ALL HONESTLY) have tagged 11 people.

1.Can blind people see their dreams?
Yeah sure lah. Dreams does not need eyes to see. =)

2. Why do most cars have speedometers that go up to at least 130 when you legally can't go that fast on any road?
Yeah. terfikir gak aku kadang-kadang. Maybe for use of EMERGENCY only? =)

3.Do you think of yourself as a stalker?
Yeah. I'm a great stalker. HAHAHA XD

4. How often do you lick your lips a day?
Ada pulak masa aku nak kira. keh3. :D

5. what is the one web site that you visit that you would not want anyone to know that you visit.
If I tell you, then it will not be the "would not want anyone to know" rite? HAHA XD

6. how long can you hold your breath- start now!
40sec! HAHA. *semput dah*

7. who is your favorite cartoon character?
detective conan! HAHA XD

8. If you had tickets to the world cup who would you take?
Abah aku!!!! HAHA XD

9. what is the craziest thing you would do for WC tickets?
I'm not that crazy enough to get WC tickets. Keh3.

10. What is your favorite places?
Secret Recipe. Sebab aku suka kek!

11. Have you ever farted at public??when?
Manusia normal biase melakukannya. Bila? Semalam pun ada. Hari ni pun ada. Hari-hari ada. HAHA XD
********************************
Okay. Harus ke aku tag orang? Ermmm. Bolehla. Nasib mung la~
5. Wan!
8. Zu!
And the 11 QUESTION from me adalah:
1. Yang kena tag ni kenal ke aku? Kalau kenal boleh bagitahu one word yang korang describe aku? Just ONE!
2. Apa dalam fikiran anda sekarang?
3. Jika saya GENIUS, saya........... *sila sambung ayat*
4. Apa haiwan yang sangat comel pada pandangan anda?
5. Anda pernah tipu siapa-siapa yang paling rapat dengan anda?
6. Apa perkara menyedihkan anda minggu ini?
7. Tempat paling menarik yang anda impikan untuk pergi?
8. Dah besar nak jadi apa?
9. Pernah jatuh cinta tapi tak cakap kat orang tu? *kontroversi gila soalan*
10. Antara duduk rumah dan lepak dengan kawan, anda lebih prefer yang mana?
11. Ada rasa nak sekeh siapa-siapa tak sekarang?

p/s: good luck! :D

Monday, November 14, 2011

Akak Aku KAWEN dah?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat akak kesayangan aku tu sudah selamat di nikah kan dengan buah hati nya Mizan. Heiip. Bukan Sultan Mizan lah. Ape kau ni. HAHA :D

Well, aku sebagai pengapit nya, teramat sangat lah busy berkejar kesana kemari semata-mata untuk merealisasikan impian kakak kesayangan aku yang sorang ni. =)

Aku biarkan kerja-kerja melambak aku yang bertimbun tu *buat macam tak nampak je buku-buku tepi meja*berkejar ke Rawang pada 8/11/2011 membawa Alza seorang diri dari Melaka. Kau tahu ke? Aku tak pernah bawak kereta SEBESAR tu malah TAK pernah sekali-kali bawak kereta melintas jauh dari ruang MELAKA seorang diri. Untuk kakak aku, aku redah gak malam-malam ditemani hujan renyai dan sampai ke SUBANG jam 10.30 malam lebih kurang. Tunggu kakak aku habis kerja dekat Coffe Bean & Tea Leaf Subang Parade, jam 11 malam lebih-lebih gitu baru aku sampai RAWANG. Seriously penat!

*******************************************************

Okay2. Aku cerita banyak-banyak pun tak best kan? Aku sumbat lah gambar bagi tatapan kamu, kamu dan kamu untuk tengok kakak kita yang dah macam ala-ala Tiz versi tembam. Keh3. XD

Oh yeah! Kakak aku selamat diijab kabul kan pada 11/11/2011 pada jam 11.30pagi dengan 3 kali lafaz. =)


hah! ni dia pelamin hasil decoration aku + kakak aku. Hebat tak? HAHAHA. Okay2. Stage tu suami dia yang buatkan. Aku tinggal decorate je. Keh3. :D




Tadaaa! Yang atas tu dia 3 dara pingitan. Eh. Tinggal 2 dara pingitan je. Sorang dah jadi bini orang. HAHAHA :D

Yang sorang2 baju kelabu tu sepupu aku Syasya.


Hah. Yang ni 4 beradik yang banyak jugak bantu kitorang kemas rumah and siapkan ape patut. The beloved sepupu sepapat. =)


Jeng jeng jeng. HAHA. ni dia Tiz Zaqyah versi tembam. Keh3. Jangan marah haaa~

Anyway. Aku mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk kakak kesayangan aku yang sorang ni. Amin.... Takde kakak lain dah! huuuuuu~

p/s: cepat sikit. Nak dengar ada budak kecik panggil kita Aunty Ngah. HAHAHA :D

Wednesday, November 9, 2011

PATUNG MAINAN KAU KE?

Assalamualaikum


Ape? no hilang? hah? nak mintak? keh3. *gelak jahat sengaja*

**********************************************************

Aku bukan budak baik yang kau kenal. Aku dah JAHAT.

Aku rasa semua manusia reti bahasa. Kalau dah orang diam tu maknenye tak nak la kan? Ke kau memang susah nak faham or ayat kasar dia "tak malu"?

Yang sorang sibuk nak block2 aku pastu stalk pakai profile lain. haish~ Kau ingat kau sorang je reti stalk ke? Tapi se stlak-stalk aku pun tak lah kantoi kan~ HAHAHA

Yang lagi sorang sibuk mintak no ni ape pasal? Kau hengat aku tak tau ke fon kau dah berbulan hilang. Dah clash, carik aku balik? Kesian. Punya la ramai awek bersusun cari kau, aku jugak yang kau PM? *aku stalker sejati. HAHAHA*Oi. Awek single ramai tu. Cun kot. So, mintak no diorang okay? =)

Yang lagi sorang ni aku tak paham bebenor dah. Tak nak balas tu, dahla. Ke nak aku remove terus? Tak sedap la kan kau add aku, aku remove kau. Macam agak kurang sopan di situ. Hari-hari Hai izzati. Kaki nak? Bukannya aku tak pernah balas langsung. Tapi entah ape2 je soalan kau kan. Malas aku pk. =_=

Okay lah. Aku pun dah ngantuk. Malas layan. Kau hiduplah berbahagia. Bukan aku putuskan tali persahabatan. Cuma, itu jalan terbaik. Sebab aku dah letih jadi PATUNG MAINAN.

Jangan risau. Aku MAAFKAN kau and hope the same things from you. =)

p/s: aku bukan bajet HOT. tapi aku dah penat pendam. Kbai.

Wednesday, November 2, 2011

Degil Eh?

Assalamualaikum


Tough sem. So please, fahami perasaan aku yang sekarang ni MUDAH:
1. Kecil hati
2. Marah ikut suka
3. Kuat sentap *ermmm. bukan memang ke?*
4. Need some space
5. Sound orang depan2 bila kau menjengkelkan!

***************************************************

Tajuk aku ada kena mengena dengan point nombor 5. Kenapa? Sebab kau memang degil! Kau tau aku in a relationship, tapi kau tetap over do kan?

KAU dan KAU dan KAU!

Nak calling2 aku, aku takde hal, aku anggap kau kawan je lah bukan kawan baik aku pun kan~ So, no need to keep calling me SAYANG. Please do STOP it.

Kau nak lebih2 kau cari awek sorang. Yes I know, kau umur pun dah boleh kahwin, BUT bukan aku eh.

I do talk to people nicely cause itu AJARAN abah aku. " Kena ingat, tak suka or tak nak orang yang nak kita, jangan tolak terus or macam dia tak ada hati. Nanti T gak yang susah" * T is my short name yang ABAH sahaja BOLEH panggil okay* (tak perlu kot explain kan? erk.)

Kau nak yunk2 aku tu aku pun takleh nak terima. Kawan2 aku yang rapat je boleh nak yunk aku okay?

Oh yes. STOP promoting yourself. =_="

"Ohh, I tengok you asek posting about CATS, I suka gila CATS. Suka sangat. :)))" <-- perlu ke?

Yeah. I do love cats, boy. And yes I said I love guys who REALLY love to care CATS. BUT please. Tak payah nak promote sangat about cats or whatsoever benda lain yang aku post okay? Thanks.

Lastly. Tak payah nak cerita pung pang pung pang sana sini, pusing-pusing ayat sana sini untuk membuktikan kononnya kau memang single sedangkan depan mata aku kau tu in a relationship.

KAU INGAT AKU NI BUTA IT KE?

Ehhh, Aku tak heran lah kau ada awek ke tak. Aku tak nak kau pun. NAH HAMBEK! Aku cuma PANTANG betul kalau kau nak kawan dengan aku, tapi kau tipu aku hidup2. Lepas tu nak pusing-pusing ayat macam aku ni PEREMPUAN JAHAT GILA NAK mati!

*************************************************

Aku tak kata korang tak kacak.
Aku tak kata korang tak baik.
Aku tak kata korang desperate.

Mungkin korang jodoh aku mungkin tidak. BUT for now, please. Aku in a relationship dan kita hanya cuma KAWAN BIASA. Sangat tersangat sangatlah BIASA. Bukan KAWAN BAIK.

***********************************************

P/s: Memang tak kan ada gadis seperti aku, TAPI yang LEBIH BAIK, BANYAK.

Friday, October 28, 2011

Lirik Lelaki seperti aku -Shila Amzah (alif satar) Cover


Gadis Seperti Aku

Memang tak kan ada gadis seperti aku,
Tapi yang lebih baik, BANYAK.

Memang tak kan ada gadis sehebat aku,
Tapi yang lebih hebat, BANYAK.

Maka tak perlu kau susah hati,
Banyak lagi gadis yang bisa kau pilih,
Untuk kau jadikan sandaran hati.

Memang tak kan ada gadis se seksi aku,
Tapi yang lebih seksi, BANYAK.

Memang tak kan ada gadis secomel aku,
Tapi yang lebih comel, BANYAK.

Maka tak perlu pujuk rayu itu,
Jangan sampai kau rendahkan dirimu,
Memaksa aku tuk jadi pacarmu.

Oh baby baby jangan kau marah sebab ku tolak,
Ku tahu kamu kaya dan baik budi bahasa,
Ku yakin pasti ada gadis yang akan suka.

Oh baby jangan kau dendam,
Sebab ku enggan,
Bercinta aku mahu,
Tapi tidak denganmu,
Ku sudah ada satu kekasih yang menunggu.

Ceritanya aku mahu belajar setia,
Makanya dari itu kamu jangan memaksa,
Kerna aku memang tak bisa mendua.

Oh baby baby jangan kau marah sebab ku tolak,
Ku tahu kamu kaya dan baik budi bahasa,
Ku yakin pasti ada gadis yang akan suka.

Oh baby jangan kau dendam,
Sebab ku enggan,
Bercinta aku mahu,
Tapi tidak denganmu,
Ku sudah ada satu kekasih yang menunggu ku~

Oh baby baby jangan kau dendam,
Sebab ku enggan,
Bercinta aku mahu,
Tapi tidak denganmu,
Ku sudah ada satu kekasih yang menunggu ku~

Sunday, October 16, 2011

Aku nak berkata-kata kesat sikit.

Assalamualaikum

Hari ni aku ada 2 perasaan.

1. Happy.

2. Kecik hati

************************************

Aku HAPPY sebab dapat jalan-jalan dengan kengkawan aku. Shopping sampai 5 helai baju! HAHA. Tak larat tunggu Mega Sale ke apa ke. :D

OK.

****************************************

Yang paling utama adalah aku kecik hati. Sebab? Sebab aku lapar. Aku ingat nak ajak kawan aku makan. Tapi sibuk. Lepas tu senyap gitu je~~~~~

Tiba-tiba mesej tgh malam buta. Tak tanya pun aku dah makan ke tak. So? EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE..

*****************************************

Tu je kata-kata kesat aku untuk hari ni. Huh! Pui!~

Sunday, October 9, 2011

Paus + Galaxy Ace



Assalamualaikum

Paus itu COMEL!

Nak ikutkan pernah la aku post kat FB pasal aku nak bela paus.
p/s: sila tumpu pada ayat yang dibulatkan menggunakan pen merah. Tak nampak? Meh aku ulang.

"Paus mamalia COMEL. Nak bela boleh? Tak dapat real, dapat patung pun syok. HAHA. :D"

Guess what?

Aku sudah mula BELA PAUS yang sangat comel tu! OMG!

Hah! Kau tak percaya? Fine! Fine! Aku ada bukti lah. HAHA. Nanti aku tunjukkan.

Oh ya. aku ada cakap tentang Samsung Galaxy Ace yang aku nak sangat la kononnya. HAHA. Tu pun aku dah beli! Yeay!


Nampak tak paus pink tu? Nampak? HAHA

Nama dia Piko and nama Galaxy Ace itu adalah Bumblebee! =)

Piko aku baru je dapat tadi. HAHA. Piko dibelikan oleh En Sayang saya! Terima Kasih B! :D

Conclusion: Aku Happy! Sekian. =)


Tuesday, October 4, 2011

Kucing itu COMEL!


Assalamualaikum.

Saya sayang, suka, kasih dengan haiwan bergelar kucing. =)

1. Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina! Sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul. Ianya adalah penyakit yang dipanggil Kleinfelter's Syndrome. So, kalau korang ada kucing jantan 3 warna yang pure jantan, kucing tu patut fames!

2.Kucing mampu keluarkan hampir 100 bunyi, Anjing cuma 10 je pun.

3. Kucing rumah boleh tidur sampai 14 jam sehari. Oh my!

4. Kucing ada 200 juta sel sensitif terhadap bau di hidung which is 40x lebih bagus dari manusia.

5. Kucing boleh bezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

6. COKLAT boleh menjadi racun kepada kucing sebab ada bahan kimia 'theobromine'

7. Ada penyakit bernama JERAWAT KUCING (feline acne)

8. Kucing mempunyai kebolehan menenangkan manusia (saat manusia mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)

9. Kucing mempunyai memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan.

10. Kucing pun ada yang KIDAL okay! =)

11. Kucing boleh melompat 7x tinggi tubuhnya. Awesome!

12. Kucing boleh lari sampai 50km/jam. Perghh. :D

13. Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius.

14. Air kencing kucing BERSINAR dalam cahaya yang samar atau gelap.

15. Darah kucing jika dipadankan dengan manusia adalah sama dengan darah manusia jenis AB. Oh my! Kita serupa~ HAHA

16. Kucing memiliki kelopak mata yang ketiga yang disebut haw.

17. Kucing melaangkah dengan kedua kaki kirinya dahulu baru kaki kanan.

Banyak lagi fakta-fakta menarik pasal kucing. Korang type je berkepuk-kepuk keluar. HAHA. Aku SAYANG kucing. =)





Monday, October 3, 2011

TOLONG LAH!

Assalamualaikum

Hari ni aku nak cakap pasal KAWAN.
Kalau cerita pasal kawan ni sebenarnya banyak sangat. Nak mula mana pun tak tau.
Tapi aku ada sorang kawan yang dulunya memang faham and kenal siapa aku.

Kau! Ye lah hawau. Kau lah!
Ohhh. Kau x terasa? Kau rasa bukan kau ke? Tak apa. Mungkin kau rasa kau macam kawan-kawan aku lain yang memang BFF aku.

Orang kata jangan cari kawan baik berlainan jantina nanti makan dalam.
Hal itu akan terjadi jika aku atau kau yang benarkan hati masing-masing sangkut paut.
Hawau.
Bukan ni yang aku nak cerita. Tutup.
***********************************

Dulu kau kenal aku memang pendiam. Kau tau aku memang tak banyak cakap. Kau jugak kata aku hanya akan banyak cakap dengan orang-orang yang aku rapat. Macam kau.

Ya.

Tapi kau sedar atau tak? Sejak kau study over the sea sana jauh-jauh, kawan dah bertimbun sejak kau clash tu, bukan main lagi kau punya perangai.

Kalau dulu aku kata aku tak nak ikut kau jalan-jalan sebab sibuk, kau kata okay. Tak apa. Nanti kau belikan souvenier untuk aku. Kau paham aku ni cam mana. Sekarang? Aku kata tak boleh, sibuk. Kau kata ek eleh. Dah pandai kerek. Kau jalan-jalan dengan lelaki-lelaki dekat UTeM tu tak apa.

Hoi cha! Kau tau ke aku keluar berapa ramai?

Lagi SAKIT bila kau main tuduh je aku keluar dengan lelaki yang berbeza-beza selalu.

Celaka! *bak kata abah aku untuk orang-orang yang cakap tak pakai akal*

Kau nak percaya cakap awek-awek seksi yang sibuk duk kikis duit mak bapak kau tu ke, kau nak percaya kawan kau yang dah lama kau kenal?

Lain kali hidup dekat dunia ni before nak serang orang tanya dulu betul ke aku dengar orang cakap kau sekarang ni sekian sekian sekian.

Kalau kau main dengar je bulat-bulat makhluk tak jaga aurat semua tu cakap macam-macam pasal aku, memang penampar la makan dia!

Apa? Apa? Diorang cakap aku guarantee lupa kau sebab kawan-kawan lelaki aku kacak-kacak? HAHAHAHAHAHAHA! *gelak guling-guling sambil tekan perut*

Kau ni belajar dekat mana sampai otak kau boleh tepu macam tu?

Sial! *bak kata abah aku untuk orang-orang yang cakap ikut sedap mulut*

Kalau kawan-kawan aku kat sini kacak-kacak pun apa masalah kau? Aku tak pernah pulak bising kalau kawan kau cantik. =_=" *perlu ke?*

Eh. Malas lah aku nak fikir banyak. Lagi banyak cakap lagi orang kata memburukkan orang lain.

So TOLONGLAH! Kau tak payah sibuk hal aku kalau setakat mesej aku cari pasal nak marah-marah. Kau bukan ABAH aku. Kau bukan BALAK aku. Sekian.

Saturday, October 1, 2011

BFF?

Assalamualaikum

Tak nak banyak taip. Nanti banyak error.





I'm not a perfect Friend & so are you. Thanks

Friday, September 30, 2011

Permainan Zaman Aku

Assalamualaikum.

Jalan-jalan blog orang terbaca pasal zaman kanak-kanak *zack zukhairi punya pasal la ni*. Jenis game lah, cinta monyet lah and macam-macam lagi. Tapi aku nak cerita pasal mainan aku masa aku budak-budak.


Nak cerita panjang pun aku malas la gak. sebab aku memang kuat MAIN. Mana tak nya. Bayangkanlah rumah aku masa kecik2 tingkat 7 and antara darjah 3 sampai form1 rumah aku kat tingkat 4. Mesti pelik kan? HAHA. sebab ABAH aku POLIS dulu. Abah yang TAFF. :D
Nak dijadikan cerita mak aku mesti kena jerit panggil aku balik. Pernah gak lah aku kena kurung luar rumah sebab balik masa maghrib. Nasib baik abah aku balik kerja nak solat, dapat aku masuk. HAHA.

***************************************

Aku senaraikan mana yang mampu lah ye. Yang kira top gak la. Nak senarai semua sehari pun tak habis. HAHA.


1. Pistol Kayu.

Siapa pernah main pistol ni? Angkat kaki! HAHA. Sebab abah aku polis so setakat nak wat pistol ni 3, 4 pattern pun boleh beb. Tak ada hal punya. Kalau balik kampung arwah nenek aku kat negeri sembilan boleh la pakai terung rembang. Kalau tak pakai batu pon lepas. HAHA. Pastu main tembak-tembak dengan kakak aku. MANTAP. Then ada pulak budak2 balai *anak-anak polis* lain yang nak main gak. Ada yang bapak diorang buatkan. Anak jiran sebelah Sarah *kawan baik aku masa kanak-kanak* pun tumpang sekaki. Abah aku pun buat kanlah. Budak sekarang ada rasa pistol ni? Tak ada der. Kalau ada aku tabik kau! Sebab kau masih cuba main macam kanak-kanak. Tak macam zaman sekarang main tembak-tembak dalam laptop. =_= tah apa yang syok tah. HAHA.


Pistol lain pun aku main gak yang ada gelang merah kecik tu. Beli kat kedai je. Malas aku nak upload gambar banyak-banyak. HAHA

2. Lego

Aku rasa benda ni macam wajib la zaman 90an. Macam perlu ada slogan "satu rumah satu bekas lego" HAHA. Dia pattern memang petak je. Tak payah nak over sangat macam zaman sekarang. Di sinilah kreativiti aku bermula dengan membina rumah, bangunan, pistol dan sebagainya. *balik-balik pistol gak*

3. Nama apa pun aku tak tau

Haha. benda ni mudah bocor. Air takda takpe boleh tambah sendiri. Tak ada isu besar pun. Selalu lumba dengan akak aku. Siapa lagi banyak kumpul gelang kaler2 dalam tu dia lagi hebat. Siapa yang selalu menang aku tak pasti yang pasti zaman kanak-kanak aku BEST. :D

4. TV game *tak sure nama dia*

Benda ni abah aku yang beli. Start main benda ni masa aku tadika lagi. Tapi rupa dia tak la se modern macam atas ni. Petak2 kaler kelabu je. HAHA. Game yang selalu kitorang main Super Mario, Game apa tah lagi ninja ke. Kalau dengan family, malam-malam lepas abah aku balik kitorang akan main sama-sama dengan mak and kakak aku. Game yang kereta kebal tu. HAHA. *rasa macam abah aku terapkan keganasan dalam hidup aku pulak* :D

5. Kereta *for sure aku tak ingat apa kita panggil*
Kereta ni aku je boleh ada 3 biji macam-macam warna. Beli kat kedai berapa ringgit tak tau, sampai rumah cepat-cepat ceraikan and sambung. Paling tak sabar nak tampal sticker dia. HAHA. Lepas tu mula la main macam orang tak ada pendirian. :D

6. Brick Game.
Ni siapa tak ada aku tak tau la. Aku nak berterima kasih kat pencipta game ni sebab mengajar aku erti kesabaran dan kesungguhan untuk naikkan level game. HAHA. Main benda ni kadang-kadang sampai lupa dah time pergi belajar ngaji dekat bangunan belakang balai polis. Isk3. =_=" Tapi! Aku tetap suka game ni!

7. Gasing
Haaa. Kau orang ingat aku tak main ke permainan melayu-melayu lama. Main okay. Siap bukak gelanggang lagi dengan abang rumah sebelah yang hebat. Fine la kan. Lelaki kot. Tapi kadang-kadang aku dapat gak paku gasing dia kaw-kaw. HAHA!

8. Army.
Mesti ada yang dah start pelik. Aku ni dari tadi game budak lelaki je. HAHA. Tak silap aku, time aku di mengandungkan *rosak bahasa*, abah aku nak anak lelaki. Keluar aku nah hambik. Dolly2 semua aku ada tapi tak lekat sangat. Aku lebih suka main benda-benda yang nampak BEST ni. HAHA. Tak susah pun main askar-askar ni. Susun elok-elok lepas tu buat la dialog sendiri. "waaa. pom! pom! pom! anda ditahan! Abu, tahan askar jahat ni! bawak masuk lori! waaa. pom! pom!" HAHAHA :D

9. Patung kertas
walaupun game aku nampak banyak game budak lelaki tapi aku ingat jugak game-game perempuan okay. Yang ni memang buat aku lekat lama sikit. Potong elok-elok lepas tu boleh la nak pasang-pasang baju ke seluar ke kasut ke. Ikut kreattiviti anda. Dan disinilah bermulanya aku suka usik make up mak aku. HAHAHA :D

10. batu seremban

Aku tak tau dari mana asalnya batu seremban ni. Mula-mula pakai batu kutip kat luar. Lepas tangan asik sakit je mula la mak aku buatkan yang macam dalam gambar ni. Ambil kain perca, gunting tiga segi lepas tu jahit and sumbat dengan biji kacang hijau kalau tak silap aku. Lepas tu main lah kau puas-puas jangan kacau mak buat roti untuk bekal kau esok. HAHA. :D
*************************************************

Tu lah semua top 10 game yang aku minat. Setakat Din Dang lah Tora lah *tora datang lagi!* basic je kot untuk kanak-kanak yang lahir zaman 80 an. Budak sekarang? Main tembak-tembak dalam laptop, iPad. iPhone. Main brick pun dalam laptop. Batu seremban pun dalam laptop!

Lantak korang lah. Aku tak kisah. Yang penting pada aku, permainan zaman aku adalah more to hands on practical. Bukan finger-tical. HAHA :D


Bruno Mars - Count On Me

If you ever find yourself stuck in the middle of the seaI'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friendsAre supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you

Monday, September 26, 2011

Dilema itu JAHAT!

Assalamualaikum

Dalam hidup ni kita pasti akan di kelilingi dengan dilema. Kali ni aku nak story sikit aku dalam dilema. *betul ke aku eja?* okay2.

Aku dilema dengan rasa nak kahwin. HAHA. Kadang-kadang aku rasa nak kahwin cepat-cepat sebab aku boleh elakkan banyak fitnah dan maksiat. But then aku rasa aku masih lagi muda. Aku kena habiskan dulu tahun akhir aku ni. At least aku kena kerja dulu. Bagi pendapatan dekat parents aku dulu. Target? Aku target nak kahwin hujung tahun 2013. HAHA.

*********************************

Dilema aku yang lain pun banyak gak. Aku ada ramai kawan. *dan2 nak mengaku*. Kawan aku terdiri dari Perempuan dan Lelaki. Kalau dulu aku and kawan2 sangat rapat sampai kitorang boleh lepak ramai2 sampai ke subuh. Paling sikit pun perempuan dalam group lepak aku adalah 2 orang. Aku and kawan aku lagi sorang. Paling ramai pun sampai ada 4 orang je perempuan and yes kitorang lepak sampai pagi2 buta and paling lewat selepas subuh baru balik. But kitorang akan ditemani kawan-kawan lelaki kitorang yang ramai. I mean seriously ramai kalau nak compare dengan jumlah perempuan.

Tapi tu dulu. Hampir setahun yang lepas. Aku seriously rindu zaman lepak2 huha2 tu. It's like sekarang ni semua dah berubah. Sama ada aku sendiri yang berubah or kawan-kawan aku or faktor usia yang membuatkan kitorang dah tak banyak melepak. Wallahualam.

Cuma kan. Awak, awak and awak awak sekalian. Saya berani kata saya memang rindu nak lepak-lepak macam selalu.

Aku rasa sebab utama adalah aku sudah berumur 22 and aku rasa duduk di rumah lebih jimat. HAHA. MUNGKIN.

******************************************

Dilema rasa nak tukar penampilan pun ada. But dilema ni nampak la progress nya. Wearing shawls to class. Sometimes dengar macam ada mamat2 yang duk gelak tiap kali aku masuk kelas. Maybe sebab x pernah tengok aku pakai gaya-gaya yang bergaya macam tu or maybe just perasaan aku je yang terlalu kurang confidence. So aku akan anggap aku yang terlalu fikir bukan-bukan. Please be more confidence ZATI! =)

******************************************

Apa-apa jenis dilema pun yang kita rasa sebenarnya mengajar kita untuk lebih matang dalam membuat keputusan. Diharap anda anda dan anda berjaya mengeluarkan conflict dalaman anda dan membuat keputusan yang tepat. Kalau tak tepat pun tak apa. Sebab setiap perkara yang berlaku ada sebab dan pengajaran yang Allah nak kita belajar.

P/s: Aku tak pernah terfikir untuk mengabaikan kawan-kawan. Cuma sifat aku yang agak mendiamkan diri or menjauhkan diri ini di lakukan untuk kawan kita juga. Mungkin awak *kawan-kawan* tak sedar. Tapi siapa-siapa yang memang kenal betul dengan aku, tahu aku lebih gemar berkorban daripada bagitahu sebabnya. =)


Friday, September 23, 2011

TAKDIR ALLAH

Assalamualaikum.

Pada aku, setiap orang Islam tahu dan sedar tentang takdir Allah. Mostly aku paling suka guna quote " Setiap apa yang berlaku ada sebab dan pengajaran yang Allah mahu kita ambil sebagai iktibar." Yes. Aku memang suka guna quote tu.

********************************************

Sejak dua menjak tiga menjak yang tak jejak-jejak ni, ramai kawan-kawan aku mahupun sahabat-sahabat yang bersedih dan kecewa kerana CINTA. Haish. Seriously, tak kira perempuan mahupun lelaki, mereka sedih, marah, kecewa dan hanya mampu bergelak tawa menyembunyikan perasaan sebenar mereka. Kasihan. =(

Aku pun pernah juga putus cinta. Cinta pertama. Macam-macam janji manis di ucapkan. Tapi akhirnya putus di tengah road. Whatsoeveridontcare. Hal tu dah lepas hampir 5 tahun yang lalu and now he's happier than before and also dah engaged with a sweet girl. =)

Ada antara kawan-kawan aku pelik kenapa aku boleh maafkan macam tu je lelaki yang pernah membuatkan siang dan malam aku hanya ditemani titisan air mata? Well, aku bukanlah manusia yang sempurna seperti Nabi Muhammad S.A.W. Tapi kerana didikan agama dan ceramah-ceramah bebas dari arwah nenek dan juga abah and emak yang tersayang membuatkan aku seperti diri aku sekarang.

Some friends will ask:

“Kau tak jealous ke tengok dia macam tu?” Aku jawab, TAK.

Ada juga yang tanya, “Kau tak nak kantoikan perangai dia yang dulu tu ke?” Aku jawab TAK.

Frequently ask question adalah “Apa perasaan kau sekarang” Aku jawab HAPPY.

**************************************************

Untuk apa aku rosakkan hubungan orang lain semata-mata kerana DENDAM? And dendam tu bukan boleh tambah pahala aku. Right? Aku ingat lagi abah selalu pesan,

“Biar orang lelaki yang betul-betul sayang kan perempuan, InsyaAllah jodohnya panjang.”

Yes. Aku agree. Tapi sayang tu bukanlah bermaksud ‘mengambil kesempatan’ Tapi sayang tu bermaksud lelaki itu akan berusaha sentiasa mendoakan agar hubungan mereka kekal dan lelaki itu berusaha menjaga batas-batas pergaulannya dan lelaki itu juga berusaha belajar menjadi seorang lelaki yang mampu untuk mendidik wanita menjadi seorang muslimah. Banyak lagi la kalau nak cerita.

**************************************************

Ajal maut jodoh pertemuan ditentukan oleh ALLAH. Kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang tentukan. Bila ada satu pertemuan, belum tentu ada persahabatan kecuali dengan kehendakNYA. Bila terjalin persahabatan belum tentu ada percintaan kecuali dengan kehendakNYA dan bila bersemi percintaan belum tentu berakhir dengan perkahwinan kecuali dengan ketentuanNYA.

Apa yang ditentukan ALLAH, maka itu pastinya yang terbaik buat kita sebagai hambaNYA. Kita mungkin kecewa hari ini tapi hikmah kebahagiaan yang menanti lebih besar dari kekecewaan itu sendiri. Lalu tidakkah kita bersyukur di kala kita bahagia... justeru kalau dia bukan jodoh anda redha.

CINTA hanyalah perasaan, rindu hanyalah kiasan namun yang lebih indah adalah keberkatan dalam perhubungan dan kemanisan dalam kebahagiaan.

******************************

Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). (QS An Nur:26)

Tapi harus ingat! Bukannya pernah melakukan satu dosa pada masa lalu itu adalah wanita atau lelaki yang jahat kerana jika mereka bertaubat mereka adalah orang0orang yang BAIK. Wallahualam. =)

Wednesday, September 21, 2011

Bumblebee~ ^^


Assalamualaikum.

Okay. First of all aku nak matikan tajuk atas macam tu je.

Second. Mak aku tak sihat. Minggu ni kerja aku berulang alik je dari ayer keroh ke jasin. Nampak kecik je kan? Memangla hawau! Sebab area Melaka.

Okay. TERcarut STYLE Melaka jap. Abaikan.

Tapi aku punya penat hanya aku and Allah je yang tau. Aku just HOPE and PRAY agar mak aku cepat sihat and boleh keluar wad sebab tak ada siapa nak jaga dia kat sana. =(

Tamo sedih-sedih. Aku budak kental!

Third. Aku sangat menghargai rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat-sahabat yang memberikan kata-kata semangat buat aku. Thanks! Sayang korang macam tak pernah sayang orang! :D

Forth. Sejak dua menjak tiga menjak yang tak jejak-jejak ni, cell phone aku buat hal. dia macam buat kerja yang boleh bikin aku panassss je. pui!~ So dengan ini, aku bertekad untuk beli yang baru. Ace. =)


Mungkin aku akan dapatkan model yang tak berapa
nak latest tu dalam minggu ni juga and aku akan namakan ace aku itu sebagai bumblebee. So tak lah sia-sia tajuk atas aku ni. hahahahaha *gelak jahat sambil tangan kiri cekak pinggang, tangan kanan cucuk langit*

Dahla. Esok ada kelas. Nite. ^^

Friday, June 3, 2011

Sukanya Bila Dia Ceria~


Assalamualaikum~

Apa khabar org kampung~ haha. wah.. bersawang halilintar blog aku sekarang. bajet nk tiap ari update. tp last2 harapan tinggal harapan.. eceh~

haaaa~ nampak x? aku senyum ni. haha.
kenapa?

sebab~ dah sebulan aku praktikal di perodua~ yeah! x sangka pejam celik dah cukup sebulan. haha. okay2. cukup2 la senyum tu.. nanti nangis plak. haha.

okay2. aku nak mengaku ckit kat cni. aku sgt rasa 1 minggu itu sekejap je bila dgn bdk2 shift B. means dgn abg2 munir,akmal,faizal,fahmi,aiman,nazrin,azlee n en rassimi. haha. kenapa? sebab diorg sgt sempoi~ best la sng ckp~

shift A? ermm. aku xtaula ape masalah aku susah sgt nak agak rapat dgn diorg. abg ikmal. erk. ok. tu je aku ingt. waaa. teruknya. aku tgk diorg xla x best. tp tah. hehe. teruk la aku ni. tp tadi cam ade la gak borak ckt. ckt jela. hal penting je. tu pun sbb my supervisor shift A en shahrizal yg kacak bwk aku g ctu. haha. korg semua kat cylinder head 3 mmg kacak2 la! kacak jiwa, kacak hati, kacak muka. ececeh.

so skrg aku dpt rase gembira gak la sebab kalau dgn shift b ade la gak geng leh borak2 men teka teki ke ape ke. n skrg dgn shift a, ade la jgk leh buat senyum2, borak2 ckt. haha.

ok, masa utk aku masam pulak =(

en rosli AM ku~ sy nk mintak maaf sy rasa, sy x phm ape yg en rosli nk sy fhmkan sbnarnye. waaaa. mcm mane ni. next 2 week die dah balik umrah. ape aku nak jawab nnt. adoyai~

xpela. aku akan cube curi masa utk cover up balik apa yg tertinggal or tercicir. hope dpt memuaskan hati semua. and hope dapat timba ilmu yg secukupnya. =)

AMIN~

Saturday, May 21, 2011

Hana Tajima?

Assalamualaikum~

Yeay2 hari ni cuti! ^^,
kenapa aku suka? sebab AM (ass. mngr) yg in charge aku sgt pantang nampak aku.. kalau terserempak, gerenti beb.. gerenti dia ckp mcm ni..
"hah! izzati. sini sekejap. ermm. sy ade keje utk awk."

duhh! dah name pun praktikal, kena la ade keje nak wat right? but, keje yg encik bagi minggu lepas pun x berusik lagi. camne nak habiskan kalau encik bagi lagi dan lagi dan lagi. sabar jelah~

Watsoeveridontcare~ harini aku agak pening2 macam nak muntah pun ade.. euww~ ape cerita pasal benda x senonoh ni.. haha. heh! blog aku la. kau lupa ke? aku xnk merepek bnyk. aku cuma nak ckp pasal tajuk aku kali ni. aku rasa ramai gurls out there kenal n tau style tudung (it's not tudung actually) Hana Tajima. she's so pretty ok. really jeles dgn dia. haha. :D

Aku ni dulu pakai tudung bawal. kau kenal tudung bawal kan? haha. tu zaman tok nenek taun 2000. skrg dh 2011 beb. ape barang pakai bawal. kan? kan? haha. xla. depends dkt org jugak kan? aku x suka tudung bawal. why? sebab muka aku BULAT! haha. it's quite hard nak get it right u know. =_="

Wednesday, May 11, 2011

Oh Perodua~

Assalamualaikum.

Hari ni dah masuk hari ke tiga aku kat Machining Department Perodua. Sorry la x dpt nak update. (mcm la ade yg nak bace) haha. terlalu kurang sihat sejak start internship ni. Batuk, sakit kepala, sakit kaki. Maybe environment nya xla mcm dlm hutan rimba (leh hirup udara segar).

1st day aku dtg daftar sendiri. ade yg siap bwk family dtg. huhu.. xpe2.. Anyway, aku mmg tebalkan muka aku jadi org plg peramah kat situ.perempuan pn x ramai. lelaki dlm 11 org. perempuan 10 org. haha.. dan yang membanggakan saya, hampir separuh adalah student UTeM. ada la yg aku kenal sbb penah camp same2 dr tahun 1 sampai la yg baru2 ni. haha. muka familiar je semua.. tap yang menyedihkan aku, aku sorg je tercampak kat Engine (Machining Department). Biasela, awal2 cam orang bodoh je duk je. ada yang mcm mls je nak tengok aku. haha. xpela.. nasib baik ada sorg engineer ni, along, peramah la jugak, bwk aku g amek PPE, borak2 ngan aku kalau die xde keje. haha.

Friday, May 6, 2011

Latihan Industri?

Assalamualaikum

oh well.. dengan ini saya sebagai wakil pelajar2 UTeM jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk) mengumumkan bahawa EXAM kami sudah TAMAT!

sukanya bila dia ceria~ hahaha

okay2.. selepas selesai sesi kemas mengemas di rumah sewa..
akhirnya aku ade di rumah ibu dan ayah.. YES! =)

Tapi kan wak.. kita sedih la.. kejap je dapat duk kampung ni.. uhuk3~ =(

kenapa? ape nak tanye banyak2 ni.. mesti la sebab tajuk kat atas tu.. kalau x, watpe aku buh tajuk.. hadoi! ngee~ :D

Ok. latihan industri atau lebih senang aku nak taip LI, akan bemula ISNIN depan. maksudnya next week la.. baru habis tensi2 (tension) dengan paper finale exam, terus straight forward g praktikal pulak. hadoi~

Tuesday, May 3, 2011

Oh no!

Assalamualaikum~

Bnyk benda berlaku hari ni. Aku malas nak cite panjang2. sebab aku pon x berapa rase nak menaip. haha :D

1. Ada exam DFMA (Design for Manufacturing & Assembly). Exam yg aku pun x sangka leh sakit gile kepala nak pk macam mane aku nk goreng ayat2 yang sedia ada dalam otak aku bila soalan yang keluar x sama dengan apa yang ada dalam otak aku. paham x? hahaha. x paham sudah!

2. Demam. Yes. Mula2 aku x sedar pun aku demam. haha. tapi tadi time beli makanan utk tgh hari, aku borak la jap dengan sorg
akak ni.. dia yang tegur aku tentang suhu badan yang panas ni. demam time exam tu biasela kan.. :D

Friday, April 29, 2011

Jika Kau Seorang Perempuan

Assalamualaikum

Mesti ade yg pelik kan. "Rajin pulak minah ni nk update". haha.. Next paper aku adelah pada 3/6. So ikut suka akula nak rajin ke x.. (hurmm. ade kene ngena ke?) watsoeveridontcare~ B4 ni aku ade ckp ape aku x suka pasal laki. siap wat ranking kau~ haha.. kali ni ape kate aku cuba bgtau ape aku x suka pasal perempuan. Tapi sebelum ape2.. aku nk mintak maaf la kalau ade yg terasa.. Tapi ni secara rambang je.. Ok?

1. Smokers!

Jika Kau Seorang Lelaki

Assalamualaikum

Tiba2 hari ni aku rase nak cte ckt ape yg aku x suka tentang seorang lelaki.
Kenapa xnk cte pasal gurl?
Eh kau. Ni blog aku ke blog kau? haha. Jgn marah ha~
Ok2.. Jom tgk ranking aku.. Pada aku la~

1. Smokers!
Ops.. Sory la bang,pakcik,adik,sape2 pon berjantinakan lelaki yang smokers.. Memang aku cukop TAK SUKA! kau kenalkan aku dgn pempuan yang suka lelaki yang smoking. ade ke? xde der~ xde~ kalau ade mungkin pempuan tu pon x suka hidop lame kot. haha :D Aku x suka sbb aku boleh SESAK NAFAS bila bau asap ROKOK korang yg berkepul2 tu. hadoi~ nk smoking dok jauh2 la bang.

Thursday, April 28, 2011

benci kau!

assalamualaikum,,,
well, ari ni aku terajin bangun awal okey. haha. no no no.. nampak beno nipuye~
aku bangun awl arini coz ade org hr call utk confirmkan praktikal aku.
Alhamdulillah.. akhirnya semua berjalan dengan lancar. lancar ke? haha. lancar la jugak.
kat mane aku nak praktikal?
sabo la.. nnt aku cite..
ade 3 company royal selangor, hicom teck,perodua.
haha.. try teke test tgk dulu pandai tak kau agak aku nak amek mane. haha
skrg lak tgh finale. abes finale dh 6 aribulan.
start praktikal dh 9 aribln.
ape la dekot nau nak bg aku rehat lebeh ckt ke. hadoi~
ok. habes dhla cte pasal LI ni. meh tutup jap..
..............................................................................................................

ape kene ngene tajuk atas dgn praktikal?
aku saje je ltak tajuk gempak bg org rase teruja tu.

Friday, April 15, 2011

FINALE exam VS KUCING!

Assalamualaikum~
wah. sejak bile aku pandai bg salam awal2 entry? heh! aku pne suke la. grrr!

OK2... seyes la ckt..

................................................................

aku ade exam lg 1week. YES! n YES! (tgn ltak di atas dada, mata pandang ke atas)

mmg aku suke bnda2 mencabar cmni.. haha :D

bnyk bnda dh jd this whole sem la kan~
dgn pening kan pasal LI (praktikal) lg. doa je la bnyk2. surat x smpai2.. huhu..

aku rase aku ade 5 paper sem ni. (knape rase je?)

SEBAB :
1. aku x leh ingt subjek pe aku blaja sem ni. (x la erok nau smpai x ingt lgsung. ade la yg aku ingt)
2. sbb aku rase aku x blaja mende pe pn utk sstgh subjek mcm ergo. prof yg sgt bergaya. (tgn di dada, mata pndg ke atas)
3. sbb slip exam aku ade kt org len, so aku pon x tau la brape bnyk paper aku. haha

so pe kne ngene dgn KUCING?

kucing adalah haiwan yg sgt comel n mampu way aku tenang. seyesly!
sampai2 umah pon aku dh pk bosannye xde kucing.
well3~ who know..
masok umah tgk keliling umah tetibe nmpk seekor haiwan berbulu berwarna kuning yg maseh REMAJA berada di dlm sangkar mewah. (besar ok sangkar tu. haha :D bkn mhl.)
ho liau!!!!
manje sgt~ comel gile! mcm kucing iklan frieskies. nah btol nah x aku eja. haha

ok2 bck to topic..
bajet2 nk usha2 nota2 ckt utk exam. tp kan wak.. kite ade kucing la kt umah. kite ingt kucing2 kite yg kt kebon 4 ekor tu je yg memanggil2 kite supaya jgn blaja. rupenye kat umah pon ade dah..
ape2 pon.. yg pntg esok nk shopping jap cari tudung~ bosanla duk je kt umah. hahaha. KONON!

papepon jgn mls stadi ye anak2!

OUT! OUT! YOU DEMONS OF STUPIDITY! GRRRRR!!! >.<